Rabu, 05 Juni 2013

KOREA, AKU DATANG!

“Hahaha..” aku tahan perut sambil ketawa kuat-kuat.
“Song Ji Hyo.. perlahankan sedikit suara tu..” mak bagi amaran pertama.
Beberapa saat kemudian aku ketawa lagi.. lagi dan lagi..
“Siti Jamilah Binti Harun kalau menghadap cerita Korea sampai tak ingat dunia, bukan nak tolong mak masak ke apa.. nie tak, gelak macam puntianak.” Mak muncul dengan senduk ditangan.
Aku tekan butang pause.
“Ala mak nie.. orang tengah tengok running man nie mak! Mai la mak tengok sekali.” Aku pandang mak. Kadang-kadang mak nie menyeramkan jugak kalau pegang senduk macam nak pukul orang.
“Ish! Tak kuasa mak.. bukan mak paham apa diorang cakap.” Mak terus berlalu pergi.
Aku tekan balik butang play.. ketawa lagi dan lagi..
Nie la dunia aku.. Korea, Korea, Korea.. aku terlalu obsess dengan Korea. Kalau ada artis baca nie mesti aku kena cukup-cukup.. hehehe..
Dari K-pop, reality show, movie, drama semua ada dalam simpanan aku dari 1 external sekarang aku dah ada 3 external.. dan semua tu adalah cerita-cerita dari Korea.. hebatkan aku.
Aku ada angan-angan.. aku nak sangat jejakkan kaki ke bumi Korea.. tapi aku nie bukan anak orang kaya pun setakat nak pergi jalan-jalan dekat Langkawi tak pun pergi Genting masuk rumah Salji yang kononnya aku dekat Negara Korea, yang tu aku mampu la..
Mesti korang pelikkan kenapa mak aku panggil aku Song Ji Hyo.. nie semua sebab aku nak feeling-feeling Korea la nie.. Siti tu aku tukarkan kepada Song, Jamilah aku tukarkan jadi Ji manakala nama arwah abah aku Harun aku tukarkan jadi Hyo bila sambung jadi la Song Ji Hyo.. haaa.. kan sedap tu..
Habis dah satu kampung aku panggil aku Song Ji Hyo.. sampai cikgu-cikgu pun sama berjangkit. Mak aku suka berleter dari tingkatan tiga yang umur aku 15 tahun sampai dah masuk tingkatan 6 aku tak habis-habis tonton cerita korea. Cerita melayu tu ada la.. tapi boleh kira dengan jari.. tolong Zed Zaidi jangan ambik tindakan atas aku.. huhu.
Aku tutup laptop dan keluar tolong mak dekat dapur.
“Tak payah tolong.. semua dah hidang.”
Hebat mak aku nie! dari jauh dah boleh hidu aku.
“Nanti mak berleter pulak..” aku tarik kerusi dan duduk buka tudung saji.
Gulai udang, sambal belacan dengan ulam timun, tiba-tiba terbuka selera aku.
“Itu haa.. mak masak kimbab dengan kimchi je..” perli.
Aku muncungkan mulut. Hari-hari kena perli.. tambah-tambah kalau aku teringin nak makan maggi.. mula la keluar ayat mak ramen.
‘mak beli maggi tak?’
‘tak beli pulak.. tapi ramen ada la dalam laci tu.’
Uwaaa.. sedih tau tak..
“Mak kan best kalau kita pergi Korea.. jalan-jalan dekat Nami Island, pergi tengok konsert K-pop life dekat sana.. pergi Jeju Island.. lagi best kalau kita pergi musim Saljikan mak? Syoknya mak…”
“Dah la tu berangan.. makan cepat!”
*********************************************
 Dengan baju sejuk tebal berbulu-bulu dileher, kasut but tinggi paras lutut.. sesekali cebisan-cebisan salji yang turun menyapa lembut rambut dan pipi aku. Sejuk hingga ke tulang hitam.
Aku menikmati keindahan Salji di Nami Island.. pokok-pokok tinggi dikiri dan kanan.. aku tersenyum saat melalui tempat yang terdapat patung winter sonata. Aku amati perlahan. Hingga bahu aku disentuh lembut.
“Ji Hyo aaa..” aku pusing belakang.
Teayang.. Teayang Bing bang?

“Oppa..” aku panggil dengan panggilan paling manja..
“Saranghye..” tangan aku di pegang lembut.
Aku terpaku..
“Oppa..” aku panggil lagi tanda tak percaya.
Dia rangkul aku dalam pelukannya. Aku balas pelukannya. Tak percaya ahli kumpulan Big Bang peluk aku.
“Tolong tampar saya.” Aku minta permintaan yang entah apa-apa. Harap dia faham bahasa melayu.
Pap! Paha aku ditepuk kuat.
“Bangun Jamilah… pergi sekolah.. duk oppa..oppa apa.. bangun sekarang.” Picing mak dah naik tinggi.
Aku hentak-hentak kaki tanda protes.
“Mak! Jangan la kejut.. orang nak kahwin dah dengan Teayang.. mak nieee!”
“Hang nak kahwin tu dapat restu mak ke tak?”
Kepala aku geleng… uwaaa.. nak mimpi balik…!
**************************************************
Loceng sekolah berdering kuat.. aku capai beg sekolah. Matlamat utama nak balik rumah download show baru dekat kshownow.
“Song Ji Hyo tunggu.”
Aku berhenti melangkah dan pergi kepada cikgu Fatimah.
“Ada apa cikgu?” aku tersenyum dekat cikgu Fatimah. Cikgu pegajian am.
“Nie ada borang pertandingan Chef muda, kalau boleh cikgu nak kamu masuk.. wakil sekolah.”
Rasa nak gelak kuat-kuat aje sekarang nie.
“Cikgu saya setakat basuh beras, masak air tu saya hebat la cikgu nie nak masak lebih-lebih memang tak mampu la saya.”
“Hadiah dia wang tunai RM 10,000 dan juga percutian ke Korea untuk dua orang.”
Terbeliak biji mata aku.
“Apa cikgu cakap tadi? Korea?”
Cikgu Fatimah angguk dan tersenyum.
“Haaa nak cikgu nak.. saya isi boring sekarang ye cikgu.. kira confirm nie tau cikgu.. Korea cikgu.. siapa tak nak pergi Korea.”
Selesai isi borang pertandingan Chef muda, aku serahkan dekat cikgu Fatimah borang tersebut.
“Okey kalau macam tu.. kiranya awak dah jadi peserta la nie ye.”
“Oraite cikgu.. fantastic baby..”
Tak sabar nak balik nak cakap dekat mak.. nak suruh mak siap-siap beg la sekarang.. oh tidak! Baju sejuk tak beli lagi.. kasut but.. aaaa… cepat-cepat kena balik rumah..
Sampai dekat depan rumah aku terpekik terlolong panggil mak..
“Mak… mak..”
Mana mak nie..
“Oooo makk oii….”
Tiba-tiba baru aku teringat mak aku kerja la.. pukul 5 nanti baru balik.. apa la punya bongok.!
Yang penting sekarang nie.. kita kena belajar masak.. aku capai apron di tepi peti sejuk..
“Okey tuan-tuan dan puan-puan yang budiman.. hari nie Chef Ji Hyo akan memperkenalkan satu hidangan yang senag di masak untuk semua lapisan masyarakat.” Sudip aku jadikan sebagai mikrofon.
“Okey untuk langkah pertama, kita mesti la hidupkan api dahulu, tuangkan sedikit minyak ye.. agak-agak la jangan banyak sangat dan jangan sedikit sangat.. kalau rasa dalam mood diet tu boleh la guna minyak bijan jugak.” Aku hidupkan api dengan kadar yang sederhana.
“Sesudah tu, kita basuh sebijik telur dan kalau minyak tu sudah agak panas boleh la kita pecahkan telur ke dalam kualiiiii….”
Aku terjerit kecil saat bunyi pecikan minyak dan air bersatu.
“Yang tu perkara biasa ye.. bila dah agak telur tu hampir garing kita boleh terbalikkan dia.. dan akhirnya jadilah telur goreng.” Aku angkat dan letak telur dalam pinggan.
Aku amati telur yang aku goreng. Sempurna, cantik. Tak sangka aku boleh masak telur goreng. Akhirnya mungkin aku berpeluang untuk menang dan pergi ke Korea. Ya Allah terima kasih sebab telah menjadikan aku pandai dengan mengoreng telur. Terima Kasih tuhanku.
***********************************************
“Cikgu Fatimah nak apa jumpa saya nie?”
Aku terus bergegas ke bilik guru bila Mila beritahu yang cikgu Fatimah nak jumpa aku.
“Macam nie.. isnin minggu depan berlangsung pertandingan chef muda peringkat kelompok. Dalam satu kelompok tu ada 4 buah sekolah. Lepas itu makanan pertama yang akan kamu masak bertemakan parti dan kena ada pencuci mulut. Tak kisah la kamu nak masak apa pun.”
Aku dengar dengan teliti. Alamak macam susah saja. Aku dah jadi bingung. Isnin nie bermakna tak berapa hari lagi la.. ala.. nak buat macam mana nie..
“Esok jumaat ada lagi sabtu dan ahad.. esok kamu bagitahu cikgu kamu nak masak apa. Kita mungkin boleh google tak pun kita try buat resepi baru mungkin.”
Aku angguk perlahan. Kaki aku hayun laju. Sambil otak ligat memikirkan apa yang mahu di masak.
Aha! Pisang salai dengan ais krim. Mak selalu buat pencuci mulut tu kalau ada tetamu datang rumah. Pisang salai nie resipi Nani Rostam ala mak si Hanis Zalikha tu.. okey pencuci mulut sudah. Sekarang kita nak masak apa kalau time-time parti nie, kalau parti orang tak nak makan berat-berat takkan nak masak bihun goreng pulak.
Tak apa nanti balik kita buka blog Chef Anis. Chef yang comel kecil molek tu.. cun! Yes! Yes!
Akhirnya aku berjaya menjuarai pertandingan Chef Muda peringkat kelompok dengan berbekalkan pisang salai dengan ais krim dan juga hamburger kecil. Hasil pertolongan inchik google, mak dan cikgu Fatimah makanya aku akan ke peringkat Daerah. Mintak-mintak la aku akan masuk final.
***********************************************
Akhirnya aku layak mewakili negeri beserta tiga lagi peserta lain dai negeri yang sama. Kami dikehendaki berkumpul di Putrajaya. Acara kemuncak akan berlangsung di sana. Akan berlaku dua peringkat separuh akhir dan pertandingan akhir.
Demi matlamat aku nak pergi korea, aku harap dapat aku masuk ke pusingan akhir.
Masuk saja dewan besar nie aku rasa macam aku masuk ke pertandingan masterchef pulak. Hampir 30 biji dapur dan yang pasti dewan nie sangat-sangat besar.
Pelbagai peserta dari perlis sampai johor dan juga termasuk peserta dari sabah juga Sarawak.
Pengacara majlis memulakan mukadimah. Kami dikehendaki memasak menu utama iaitu ayam. Serta seperti biasa aka nada pencuci mulut. Pencuci mulut aku tak hairan sangat sebab awal-awal aku dah fikir aku nak buat. Strawberry milk shake.
Aku jadi bengong lima minit. Langsung tak bergerak, tak tahu nak masak apa. aku pandang sekeliling ada yang sudah potong bawang. Ada yang dah perap ayam. Aku pandang mak yang duduk di kerusi penonton.
Aku pandang mak sebagai isyarat aku tak boleh fikir, tak tahu nak masak apa dengan ikan nie. Mak tolong la ganti tempat orang kejap mak! Uwaaaa…
Mak aku angguk sambil tersenyum. Boleh la senyum yang aku nie haa gabra tak ingat dunia.  Aku rasa dah 7 minit berlalu.
Dengan rasa yang kurang seronok dan tak ada mood aku main campak-campak saja mana yang aku nampak.. bila perap hampir lima minit aku masukkan dalam pemanggang ajaib. Ye sebab disponsor makanya kena guna pemanggang ajaib.
Selesai masak dalam 20 minit masa hanya tinggal kurang dari sepuluh minit. Aku terus buat pencuci mulut dan kuah pencicah untuk ayam aku.
Aku cuit sedikit ayam aku dan rasa. Erm.. macam ayam Kenny rogers la.. sedap!
Makanan kami masing-masing di nilai oleh para juri. Aku asyik tersenyum saat mata aku bertembung dengan Sheila Rosli salah seorang juri untuk acara kali ini. Kemudian dia mengangguk-angguk kecil. Kan aku dah kata mesti sedap punya.
Keputusan telah berada di tangan para juri. Hati aku berdebar-debar kecil. Keputusan untuk ke peringkat akhir yang akan diadakan esok sedikit sebanyak menganggu konsentrasi aku.
“Kini saya akan umumkan keputusan tiga peserta yang akan melayakkan diri ke pusingan akhir dan seterusnya akan memenangi wang tunai RM 10,000 juga pakej percutian ke negara Korea.” Salah seorang juru acara memulakan bicara.
Aku menahan debar. Wajah mak aku tengok dari jauh.
“Peserta pertama Mohd Sufian Abdullah dari negeri Perak.”
Tepukkan gemuruh bergema. Aku pejam mata rapat.
“Peserta seterusnya Seri Dewi Malam dari negeri Sabah.”
Tinggal satu tempat saja lagi.
“Dan peserta terakhir adalah Abdul Wafiy Abdul Wahab dari negeri Johor.”
Zapp! Aku tersentak. Tiga kekosongan sudah diisi makanya aku memang tak layak untuk peringkat akhir.
Aku tak dapat pergi Korea. Aku tak boleh tengok konsert K-Pop. Tak boleh terserampak dengan Runningman. Aku tak dapat pergi Nami Island. Tidakkk!
Aku sapu air mata dengan hujung baju. Sedih! Impian aku berkecai! Aku benci menaruh harapan! Aku benci!
“Sekejap ye. Sebenarnya saya nak gunakan kuasa yang saya ada selaku ketua juri untuk menjemput seorang lagi peserta yang saya rasakan layak untuk masuk ke peringkat akhir.” Chef Ismail mula berkata.
Gunalah kuasa apa pun aku memang tak layak! Aku tak boleh pergi Korea.
“Atas pesertujuan ramai saya nak menjemput Siti Jamilah Harun dari Negeri Pulau Pinang.”
Siapa la Siti Jamilah Harun pulak tu. dah la nama sama macam aku. Layak pulak pergi peringkat akhir. Uwaaaaa! Kejam! Kejam!
“Siti Jamilah Harun.”
Juruacara berdiri sebelah aku. Aku? Aku la Siti Jamilah Harun. Aku dapat pergi ke Final? Yeah!!!
Aku melompat-lompat sambil naik ke pentas. Yeah! Yeah! Boleh pergi Korea.!
**********************************************************
Semalam aku bersungguh-sungguh mencari segala resepi di internet dan mak banyak menolong aku. Sampaikan buku resepi dia yang tak pernah aku tau pun dia bari pada aku. Jenuh aku nak tengok satu-satu.
Sampai la aku tertarik dengan resepi turun temurun dari tok. Resepi daging masak hitam warisan keluarga. Waaa kelas betul namanya.
Tapi juri cakap ada satu kejutan yang lain dari yang lain.  aku pun tak tahu kejutan apa. kena tunggu esok la.
Keempat-empat kami berkumpul di KLCC, untuk acara kemuncak peringkat kali ini dan juga akan ada beberapa artis yang akan membuat persembahan antaranya Shila Amzah dan juga kumpulan forteen.
“Baiklah dengan ini tema kita kali ini adalah Daging.”
Dengar saja ayat daging aku dah bersyukur panjang harap-harap kali ni aku mampu buat yang terbaik.
“Dan pusingan kedua akan diberitahu selepas ini.”
Dengan masa yang hanya 20 minit aku memasak daging masak hitam warisan keluarga. Aku yakin dan bersemangat sekali. Dan kali nie aku bagaikan memasak dengan penuh kasih sayang.
Masa 20 minit kini tamat. Setelah menghias makanan kami diangkat dan dipersembahkan kepada para juri. Hati aku puas sekali.
Tibalah ke pusingan ke 2. Kami di kehendaki menghias kek dengan cara kami sendiri. Dan kali ni kami kena menunjukkan kesungguhan kami untuk menang dengan caa menghias kek.
Keyakinan aku lari lagi. Tapi aku tetapkan dalam fikiran aku. Aku harus menang walau apa pun yang terjadi. Aku bukan anak orang kaya yang bila-bila boleh pergi Korea kan?
Akhirnya dengan kuasa percaya dan yakin pada diri maka telah aku siapkan kek ini..
Tadaaa…
Hanbok cake doll.. saja nak buat ala-ala korea sikit. Nasib baik aku tak buat kek k-pop. Hehe..
***********************************************************
Aku pejamkan mata rapat. Keputusan akan diumumkan bila-bila masa sahaja dari sekarang.
Pemenang saguhati dan tempat ketiga diumumkan maka hanya tinggal aku dan Abdul Wafiy sahaja untuk merebut gelaran juara.
“Kini tibalah masanya untuk saya umumkan Juara pertandingan Chef Muda.”
Aku senyum dalam getaran.
“Juara disandang oleh… Siti Jamilah Harun.”
Aku terpaku, terpukau, terkesima. Aku juara! Aku menang! Yeah!
Terus aku dapatkan emak dan peluk emak erat. Terima kasih emak! Aku berbisik di telinga emak.
Usaha tangga kejayaan. Berusaha la untuk mencapai kejayaan.!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar